USAHAWAN KORPORAT
DEFINISI USAHAWAN KORPORAT
Usahawan dalaman atau korporat ialah individu yang memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan lazimnya yang bekerja dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Mereka merupakan “dreamer’ iaitu bersedia memikul tanggungjawab yang lebih bagi mencipta inovasi baru dalam syarikat. Usahawan korporat mungkin merupakan seorang pencipta atau pereka cipta, tetapi yang lebih utama mereka merupakan kumpulan pekerja yang mencari jalan untuk menukar sesuatu idea menjadi satu realiti yang jika diurus dengan baik akan menguntungkan syarikat.
Menurut Michael H. Morris dan Donald F. Kuratko (2002), usahawan korporat ialah seorang yang berorientasikan tindakan dan matlamat. akan melakukan apa saja dengan pantas bagi mencapai matlamat. berdedikasi, komited, inovatif dan kreatif. serta seorang pemikir. pelaksana, perancang, dan pekerja kepada syarikat atau organisasi yang melantik mereka.
USAHAWAN
DEFINISI USAHAWAN
Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
PERBANDINGAN:
USAHAWAN KORPORAT vs USAHAWAN
Terdapat beberapa perbezaan antara usahawan korporat dengan usahawan seperti yang tersenarai di bawah ini:
(a) Dari segi kemahiran dan pengalaman
Kedua-dua pihak mempunyai kemahiran yang sama. Yang berbeza adalah dan segi tahap penggunaan segala kemahiran. Usahawan lebih bebas dalam mengeksploitasikan kemahiran berbanding dengan usahawan korporat yang terikat dengan polisi dan prosedur syarikat.
(b) Dari segi persekitaran
Usahawan berhadapan dengan persekitaran mikro dan makro
seperti pekerja kerajaan. pesaing, dan lain-lain. Bagi usahawan korporat pula menghadapi persekitaran yang sama dengan usahawan cuma ditambah dengan persekitaran korporat. Selalunya setiap syarikat mempunyai budayanya yang tersendiri. Usahawan korporat acan terpaksa menghadapi dan mengadaptasikan budaya syarikat di mana mereka berada.
(c) Dari segi perolehan sumber
Dan segi perolehan sumber, usahawan boleh mendapatkan segala sumber daripada pihak yang pelbagai seperti institusi kewangan. pelabur, dan lain-lain. Berbeza dengan usahawan korporat yang hanya terikat kepada sumber-sumber yang disediakan oleh syarikat sahaja.
(d) Dari segi kegagalan dan kesilapan
Bagi usahawan. segala kesilapan akan ditanggung sendiri oleh syarikat. Kesilapan juga akan mudah diketahui umum terutama di kalangan pelabur dan lain-lain, Usahawan korporat pula boleh berselindung di sebalik nama syarikat apabila melakukan kesilapan. Kedua dua belajar dan kesilapan yang dilakukan.
(e) Dari segi pembuatan keputusan
Terdapat perbezaan dalam pembuatan keputusan di antara kedua-duanya. Bagi usahawan mereka boleh membuat keputusan tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Usahawan korporat pula terikat dengan struktur hierarki syarikat dalam membuat keputusan. Segala keputusan akan dirujuk kepada pengurusan atasan terlebih dahulu.
(f) Dari segi penerimaan risiko
Terdapat perbezaan di dalam pengambilan dan penerimaan risiko antara kedua dua pihak. Usahawan menerima risiko yang sederhana dan pada masa yang sama, mengutamakan reputasi syarikat. Begitu juga dengan usahawan korporat yang juga menerima risiko yang sederhana dan meletakkan kerjaya dan tugas sebagai cagaran.
(g) Dari segi sikap kepada status
Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pihak dan segi sikap terhadap status. Usahawan menganggap simbol syarikat adalah paling bernilai dan amat bermakna. Bagi usahawan korporat mereka akan bermati-matian bekerja untuk syarikat tetapi bersedia mengorbankan status demi mencapai kejayaan yang diharapkan.